Sunday, January 30, 2011

Aku juga Manusia

Hari yang ke 15 aku tak keluar bilik, hampir 2 bulan tak keluar rumah. Bunyi macam pelik tapi memang betul (kisah benar).Kerja aku bangun tidur ambil wuduk solat, baca Quran jika tak ngantuk dan penat sambung solat sunat Isyraq dan terus solat sunat Dhuha. Lepas tu kembali ukur tilam ngadap lappy.

Aku terima ketentuan ini, walau kadang-kadang aku tak sekuat mana. 8 hari sebelum itu aku tak makan langsung. Malam hari saja aku minum air dan niat puasa. Maghrib aku berbuka dengan air kosong terus solat. Bercakap langsung tak. Bibir aku dah rasa lekat sebab kering, suara aku dah lain sebab kurang air dan makanan. Beginikah puteri lindungan bulan sebenarnya?

Hari ke 8 aku merayu minta air panas dengan jemariku sebab nak bergerak dah tak kuat. Perut aku kosong terus. Ya Allah susah juga yang berurusan dengan manusia yang hatinya dan jiwanya sakit. Kita sama turut sakit. Ah.. memang bukan rezeki aku untuk minum ai panas hari yang ke 8. Aku terima dengan linangan air mata. Apakah aku tak ikhlas menerima ketentuan ini? Kenapa aku menangis?
Minum air kosong juga lagi berbuka hari ke 8. Makanan? Janganlah memang tak ada. Teganya insan sesama insan. Kerana hati yang kurang pendirian hati insan lain terluka.

Aku manusia juga perlu jadi manusia...nanti aku sambunglah..lapar ni..

No comments:

Post a Comment